Friday, January 1, 2010


PUSAT PENGUMPULAN DAN JUALAN PRODUK USAHAWAN MADA


Premis perniagaan ini dikendalikan oleh saya Pn. Sharifah bt Langkat atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Kak Pah. Ia beroperasi di no 3, Pusat Pengumpulan dan Jualan Produk Usahawan MADA,Kepala Batas, Kedah berhadapan dengan Pejabat Pertubuhan Peladang kawasan H-II Kepala Batas dan bertentangan dengan masjid Kepala Batas.


Di sini Kak Pah ada menjual barangan daripada hasil titik peluh usahawan di bawah bimbingan MADA seperti bahulu, kerepek, mini popia, karipap mini,kuih moden dan tradisional, laksa kilo, rempah, telekung dan lain-lain lagi. Untuk menarik lebih ramai pelanggan beberapa penambahbaikkan telah Kak Pah jalankan. Antaranya Kak Pah adalah ejen jualan tiket bas ekspress kawasan Kepala Batas, topup, bil bayaran setempat serta khidmat photostat dan faks. Disamping itu juga kak pah turut menjual produk HPM iaitu Jus Mate 5.








Berikut merupakan gambar-gambar menunjukan beberapa produk kuih-muih yang terdapat di kedai ini. Antaranya ialah popia mini, bahulu, maruku, simpul kasih dan lain-lain lagi. Kesemua produk-produk ini diusahakan oleh usahawan dibawah bimbingan MADA.



Pelbagai jenis perisa keropok. Seperti perisa udang, sotong, ikan parang, ikan tamban, ikan bilis+udang, udang lipan,labu manis dan lain-lain lagi.
Terdapat juga keropok timbang yang terdiri daripada pelbagai perisa yang memenuhi citarasa pelanggan.


Sos pelbagai rasa untuk masakan dan juga sos pencicah.

Kordial-kordial dan air mineral usahawan MADA.




Kak Pah menjual rempah-rempah masakan jenama Aween,rempah-rempah Aween ini adalah rempah-rempah yang diusahakan oleh pengusaha melayu yang setanding dengan rempah-rempah yang terdapat dipasaran. Ia dijamin 100% HALAL dan keluaran bumiputera. Antara rempah-rempah ini adalah rempah masak kurma, kari ayam, kari daging, kari ikan, kari ikan kering dan kari udang dan ketam ,serbuk masak merah, perencah sup, serbuk kunyit, perencah nasi briyani,serbuk cili serta masak hitam. Rempah ini didatangi dalam bentuk pek yang beratnya masing-masing 100g, 250g dan 25g. Selain itu Kak Pah juga menjual rempah tersebut dalam bentuk timbangan untuk tujuan catering, restoran dan lain-lain. Berikut merupakan senarai harga rempah mengikut berat.

PRODUK 25g 100g 250g 1kg
1. Serbuk kari ikan, RM0.50 - RM2.80 RM10.00
kari daging, serbuk kurma, RM10.00(20) -
masak merah, masak lemak
2. Perencah sup, masak hitam - RM1.80 RM3.30 RM14.00
3. Perencah nasi briyani - RM2.30 RM5.70 RM23.00
4. Serbuk cili - RM1.30 RM3.00 RM11.00
5. Serbuk kunyit - RM1.50 RM3.20 RM12.00




Belacan hasil daripada usahawan Kuala Jerlun,Kedah di bawah bimbingan MADA.


Ikan kering dan pekasam keluaran usahawan Kuala Jerlun di bawah bimbingan MADA.


Beras Nasional keluaran Pertubuhan Peladang Simpang Empat, Perlis dan 100% milik bumiputera.


Usahawan di bawah bimbingan MADA juga turut menghasilkan telekung yang pelbagai corak dan saiz.



Hasil kraftangan usahawan di bawah bimbingan Pertubuhan Peladang Tajar.



Untuk penambahbaikkan dan menarik lebih ramai pelanggan, kak pah juga menyediakan perkhidmatan bil bayaran setempat bagi kemudahan masyarakat setempat dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain.




Kaunter jualan tiket bas ekspress di kawasan Kepala Batas ke pelbagai destinasi di seluruh Malaysia.


Kak Pah juga merupakan pengedar sah Produk-produk HPM.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kak Pah di talian 04-7143464/012-4708865 atau boleh emelkan ke sharifahlangkat@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment